Thursday, 24 October 2013

Rihanna dihalau keluar dari Masjid Sheikh Zayed walaupun berhijab

Rihanna dihalau keluar dari Masjid Sheikh Zayed walaupun berhijab

Penyanyi terkenal Rihanna diarah keluar dari Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi setelah mengadakan satu sesi bergambar di kawasan masjid.

Walaupun memakai hijab dan 'jumpsuit' serba hitam yang menutup badan beliau, pihak masjid berpendapat ia tidak menghormati tempat berkenaan sebagai rumah ibadah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Masjid Sheikh Zayed kepada lawan web The National dari Abu Dhabi, ia mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia untuk melawat Masjid berkenaan namun berharap mereka juga dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.

"Sekiranya tingkah laku melanggar kod moral masjid, atau peraturan-peraturan lain - seperti mengambil gambar yang tidak sesuai, 'pose' yang membelakangkan konteks tempat suci, bercakap dengan kuat, atau makan - pelawat akan ditegur dengan sopan. Selalunya, mereka akan menghormati itu."

Gambar-gambar penyayi yang berasal dari Barbados ini telahpun dimuat naik di laman Instagram beliau dan menerima pelbagai reaksi.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment