Ismet (kiri) bersama Pengarah Eksekutif UMW Toyota Motor Khong Man Chong semasa pelancaran Hilux baru di Sabah, pada Selasa.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd menyasarkan untuk menjual lebih 29,000 unit Hilux dengan ciri dipertingkatkan, tahun depan
Model trak pikap paling laris di Malaysia itu memaparkan ciri penambahbaikan baru yang diyakini membawa lebih nilai kepada kenderaan tersebut.
Presiden UMW Toyota Motor Datuk Ismet Suki berkata, Hilux dengan ciri baru itu diperkenalkan selepas mengambil kira maklum balas pelanggan Toyota.
"Hilux sememangnya dikenali kerana ketahanan dalam segmen trak pikap 4x4.
“Kenderaan ini pasti menjadi pilihan utama dalam kalangan mereka yang mahukan pikap lasak dan berkuasa," katanya.
Menurut Ismet, pengambilan tempahan bagi Hilux dipertingkatkan ini bermula 17 September lalu dan lebih 800 unit telah diterima sehingga kini.
Antara penambahbaikan Hilux tersebut ialah rim roda aloi 17 inci, kerusi kulit, ruang dalaman berwarna gelap, reka bentuk lampu kabus depan baru, kerusi pemandu boleh ubah secara elektrik, tali pinggang keledar hadapan dengan penegang dan had kuasa sebagai ciri keselamatan tambahan.
Selain itu, Hilux itu juga dilengkapi enjin turbo diesel 3.0 liter dan 2.5 liter dengan teknologi Intercooler VNT dan D-4D Common Rail untuk prestasi terbaik dengan kecekapan bahan api.
Lebih 4.5 juta unit model terkini Hilux telah dijual di seluruh dunia setakat ini, dengan model semasa Hilux yang dilancarkan di Malaysia pada 2005 terjual lebih 145,000 unit di Malaysia setakat September 2013.
Sumber
No comments:
Post a Comment