AWAS ulat tiket! Gelagat anda akan diperhatikan oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan yang turun memantau sepenuhnya penjualan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, pagi esok, lapor SITI FATIHAH AWANG.
Pengarah SPRM negeri, Mohamad Soib Abdullah berkata, langkah tersebut bagi memastikan gejala ‘ulat tiket’ dapat dikekang dan penyokong dapat membeli tiket mengikut prosedur penjualan biasa.
“Kami akan memantau tempat strategik sekitar kawasan stadium terutamanya berhampiran kaunter jualan. Sebagaimana kita ketahui, tiket yang dijual terhad empat keping seorang, dan saya berharap tiada penyalahgunaan penjualan berlaku kali ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, pemantauan SPRM akan bermula seawal kaunter tiket dibuka dan dijangka tamat sehingga perlawanan dimulakan.
Beliau berkata, penyokong juga diminta untuk lebih berdisiplin dan mengelak daripada berebut ketika membeli tiket supaya tidak timbul pergaduhan ataupun kekecohan sepanjang proses itu berjalan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman turut mengesahkan seramai 532 anggota ditugaskan untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan berlangsung.
“Seramai 532 anggota keselamatan yang dikerahkan itu melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang akan bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Kor Polis Tentera Diraja dari Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa.
“Selain itu kita juga akan bekerjasama dengan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu melicinkan lagi kawalan sedia ada,”katanya.
Menurutnya, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) khususnya berharap agar penonton dari kedua-dua pasukan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan stadium.
Beliau berkata, pertemuan dua pasukan yang dijangka panas itu juga diharapkan menjadi satu perlawanan yang bersih dan terkawal daripada insiden yang tidak diingini malah penyokong Kelantan juga perlu diingatkan supaya menjaga disiplin semasa menyaksikan perlawanan tersebut.
- Sinar Harian

No comments:
Post a Comment