Tuesday 24 September 2013

Mangsa banjir diancam buaya sesat

Mangsa banjir diancam buaya sesat
Operasi pemindahan mangsa giat dilakukan di Pintada.


ACAPULCO - MEXICO. Mangsa banjir di Mexico kini berhadapan dengan ancaman buaya susulan kesan hujan lebat yang melanda dua pertiga kawasan di negara itu sepanjang minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri Miguel Angel Osorio Chong berkata, penduduk mulai khuatir sekiranya reptilia itu memasuki kediaman atau premis untuk mencari perlindungan dan makanan.

“Seekor buaya ditangkap di tepi jalan utama. Mereka percaya akan ada banyak lagi buaya berkeliaran di sekitar bandar ketika ini,” katanya.

Menurut laporan dipetik dari AFP, sejak 14 September lalu, Mexico dilanda ribut tropika Ingrid dan Manuel yang mengakibatkan kemusnahan kepada puluhan ribu rumah di Pintada, pinggir Acapulco.

Tragedi itu juga mengakibatkan lebih 100 maut manakala lebih 65 orang dipercayai hilang.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, kali terakhir Mexico dilanda ribut kuat serentak adalah pada 1958.


Sumber

No comments:

Post a Comment