Tuesday 24 September 2013

Iklan haram: Rumah kos rendah jadi sasaran

Iklan haram: Rumah kos rendah jadi sasaran
Seorang lelaki memasukkan iklan pinjaman wang berlesen ke dalam peti surat.


AH LONG yang berselindung di sebalik pinjaman wang berlesen menggunakan strategi baru promosi dengan mengupah beberapa individu mengedarkan iklan haram di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana serta Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Selain menampal atau menggantung iklan di kebanyakan kawasan tumpuan orang awam, mereka kini giat menggunakan kaedah mengedar risalah itu.

Sasaran mereka adalah peti surat penghuni selain mengepilkannya di ‘viper’ kereta dan bakul motosikal.

Di perumahan awam Sri Perak Bandar Baru Sentul contohnya, boleh dikatakan dalam tempoh seminggu, sekurang-kurangnya tiga atau empat kali pekerja syarikat wang berlesen ini akan menjalankan tugas mengedar iklan.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi tersebut mendapati, ada seorang pekerja sedang memasukkan iklan berkenaan ke dalam peti surat milik penghuni rumah di situ.

Hajat wartawan kami mendekatinya untuk bertanya iklan apa yang diedarkan hampa apabila dia segera berlalu.

Tindakan berani ini dilakukan pada siang hari dan notis larangan mengedar iklan di kawasan itu langsung tidak diendahkan mereka.

Tinjauan kami mendapati ada tiga iklan pinjaman wang berlesen berbeza syarikat bersepah di lantai, dalam peti surat dan juga lif perumahan itu.

Kekerapan individu ini menjadikan rumah bertingkat sebagai lokasi mengedar iklan menyumbang kepada masalah kebersihan dan ia diakui sendiri oleh salah seorang pekerja pembersihan di situ.

Dia yang mahu dikenali sebagai Sirat berkata, pembersihan terpaksa dilakukan berulang kali disebabkan helaian risalah yang berterbangan di tiup angin.

“Penduduk yang memeriksa peti surat biasanya akan membuangnya merata dan bukan di dalam tong sampah.

“Di bahagian parkir juga sama, terdapat penduduk yang terus membuang risalah tanpa membacanya terlebih dahulu kerana terlalu banyak iklan,” katanya.


Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment