Tuesday 24 September 2013

Penjenayah Melayu paling ramai ditembak mati

Penjenayah Melayu paling ramai ditembak mati - KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memaklumkan bahawa penjenayah berbangsa Melayu merupakan yang paling ramai ditembak mati sejak tahun 2009 hingga 2013 (Januari-Ogos) iaitu seramai 56 orang.

“Daripada jumlah tersebut penjenayah warganegara Malaysia yang ditembak mati untuk tempoh dari 2009 sehingga 2013, jumlah tertinggi adalah daripada bangsa Melayu sebanyak 56 orang, diikuti oleh bangsa India seramai 41 orang, bangsa Cina seramai 23 orang dan dari Bumiputera (Sabah dan Sarawak) seramai empat orang,” kata KDN.

Jawapan tersebut merupakan respon kepada soalan Anggota Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng yang meminta kerajaan menyatakan statistik terkini laporan kes-kes tembak oleh penjenayah mengikut bulan dan negeri sejak tahun 2009.

Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan jumlah penjenayah dan anggota polis yang maut dalam kes-kes tersebut serta jumlah yang masih dalam senarai dikehendaki polis dan bilangan senjata api tanpa lesen yang dirampas mengikut jenis senjata api.

Sementara itu, sebanyak 898 senjata api pelbagai jenis telah dirampas sepanjang tempoh lima tahun tersebut.

Jenis senjata api yang dirampas ialah separa-auto (319) revolver (120), rifle (22), senapang patah (84), bom tangan (31), air gun (105), pump gun (20), SMG (4), serta senjata buatan sendiri (193).

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment