Tuesday 24 September 2013

KRU Studio jawab kritikan ke atas Vikingdom

KRU Studious mempertahankan filem terbitan syarikat itu, Vikingdom yang telah menerima kritikan, dengan menyatakan ia bukannya bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak.

Penerbit Eksekutif KRU Studious Norman Abdul Halim berkata kumpulan yang tersinggung dengan filem itu adalah kumpulan minoriti yang merupakan pengikut agama yang menyembah dewa-dewa seperti 'Thor'.

"Saya menganggap ini adalah reaksi yang saya rasa 'natural' dan memang dijangka.

"Komen yang dikeluarkan oleh pakar ini bukannya dari sudut kajian tentang filem ini tetapi lebih kepada mereka menganggap filem ini sebagai satu penghinaan kepada agama mereka.

"Tapi filem ini bukan filem agama. Filem ini berdasarkan fantasi dan memaparkan watak-watak mitos dan watak-watak sejarah," katanya.

Norman berkata demikian berikutan kritikan terhadap Vikingdom yang dilemparkan oleh seorang pakar Mitologi, Karl Seigfred yang berpangkalan di Chicago.

Seigfred mempersoalkan tentang kenyataan promosi KRU, bahawa filem itu gabungan mitos dan sejarah.

Menurut Seigfred sejarah yang dipaparkan mengenai golongan Viking dalam "Vikingdom" tidak tepat dan tersasar.

Seigfred juga dikatakan tersinggung dengan kenyataan pengarah filem itu, Yusry Abdul Halim.

Yusry sebelum ini menyatakan orang barat juga tidak pasti dengan kewujudan golongan Viking, mahupun Thor.

Seigfred menyifatkan kenyataan itu seperti tidak menghormati budaya mahupun kepercayaan orang lain.

"Vikingdom" yang dipasarkan ke peringkat antarabangsa, ditayangkan di malaysia mulai 12 September lalu.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment