Tuesday 24 September 2013

Balasan anak derhaka

Balasan anak derhaka
Amrul Syaifudin dipenjara 15 bulan selepas mengaku bersalah mengugut ibu kandungnya dengan mengacukan pisau di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki Amrul Syaifudin Aziz, 23, dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah mengugut ibunya dengan mengacukan sebilah pisau pada mangsa.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas Amrul Syaifudin dengan lagak selamba mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Noriah Boto’, 58.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, Amrul Syaifudin ada meminta sejumlah wang daripada mangsa yang ketika itu sedang berehat di rumah.

Bagaimanapun, Amrul Syaifudin naik angin apabila mangsa enggan menunaikan permintaannya itu lalu mengambil sebilah pisau di dapur dan mengacukan ke arah mangsa.

Pada masa sama, dia turut mengugut akan membuat sesuatu jika tidak menyerahkan wang diminta.

- Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment