Tuesday 24 September 2013

12 lelaki disyaki ahli kongsi gelap ditahan

12 lelaki disyaki ahli kongsi gelap ditahan
Lelaki yang ditahan mempunyai tatu dengan lambang kongsi gelap masing-masing.


Seramai 158 individu termasuk 12 lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap berjaya ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor sepanjang tempoh Ops Cantas Khas (Ops Cantas) dilaksanakan sejak 17 Ogos lalu.

Ketua Polisnya, Superintendan Muhd Taib Ahmad berkata, pihaknya berjaya menahan 158 individu daripada 1,361 orang yang diperiksa sepanjang Ops Cantas yang dijalankan di empat lokasi di daerah ini.

Menurutnya, penahanan 158 individu itu turut membantu pihak polis menyelesaikan 12 kes jenayah termasuk samun, pecah masuk rumah dan curi motosikal yang dilaporkan berlaku.

“Bahkan penahanan itu turut berjaya menangkap individu yang dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes jenayah lampau lain di daerah ini mahupun luar kawasan.

“158 individu yang ditahan itu melibatkan 37 Melayu, 115 India dan dua Cina manakala lain-lain bangsa hanya empat orang sahaja selain merampas 10 kenderaan iaitu tujuh motosikal, dua kereta dan satu lori.

“Kita juga berjaya merampas satu laras senjata api buatan sendiri, enam butir peluru , satu parang dan senjata tajam sepanjang operasi itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Muhd Taib berkata, 12 lelaki yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 40an turut ditahan disyaki ahli kongsi gelap 08, 21 dan 36 di daerah ini melalui tato yang ditemui pada badan mereka.

“Kita siasat kes ini di bawah akta pertubuhan,” katanya yang memaklumkan akan meneruskan Ops Cantas seperti diarahkan bagi membanteras kongsi gelap dan individu yang terlibat jenayah berat.


Sumber

No comments:

Post a Comment