Tuesday 24 September 2013

Darren AF2013 akui salah pilih lagu

Darren AF2013 akui salah pilih lagu

Cubaan untuk mencabar diri akhirnya menjadi penyebab Darren tersingkir pada minggu kedua.

Mempertaruhkan lagu "Mentera Semerah Padi", dia mengakui mengambil keputusan kurang tepat.

Penyingkiran Darren menjadikan dia sebagai peserta lelaki kedua berturut-turut disingkirkan dari "AF2013" selepas Sani.

Darren atau nama sebenarnya Chin Teik Meng, berasal dari Pulau Pinang berazam untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

Selain Darren peserta duo Irmisa dan Nona berada dalam kedudukan tiga terendah hasil undian penonton.

Manakala, pasangan duo Azhael terus kekal di tangga teratas dengan undian 17 peratus.

"AF2013" dikendalikan Zizan Razak, bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria 104 dan Astro Maya 135.

No comments:

Post a Comment