Tuesday 24 September 2013

Remaja 17 tahun direman dalam kes bunuh polis Melaka

Remaja 17 tahun direman dalam kes bunuh polis Melaka

MELAKA:  Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang anggota polis dipercayai dipukul dengan batu, semalam.

Menurut satu laporan Bernama, perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap remaja yang tidak lagi bersekolah dan menganggur itu, dibenarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V.Kanasan, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pada kejadian kira-kira 8 pagi semalam, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, mati di tempat kejadian.

Sebelum itu, Zal-Azri terlibat dalam 'Ops Lejang' bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian itu untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang.

Beliau cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dan mati, setelah bergelut dengan suspek di tempat kejadian, di Taman Teknologi Cheng di sini.

Polis berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun dan kira-kira pukul 8.30 pagi, suspek yang dipercayai melukakan Zal-Azri itu cuba melarikan diri.

Suspek yang dipercayai bergelut dengan Zal-Azri itu berjaya ditahan di Krubong pada 10.50 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Zal-Azri telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai anggota polis dan dua bulan ditukarkan ke bahagian D4.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment