Wednesday, 3 June 2015

Tiada lagi kubur baharu pelarian Rohingnya ditemui

SHAFIE: Lebih 90 anggota polis akan terlibat dalam operasi menggali kubur di kawasan kedua. - Sumber FB Polis Perlis

ALOR SETAR: Tiada lagi penemuan kubur baharu dipercayai milik mayat pelarian Rohingnya ditemui di kawasan Hutan Simpan Mata Ayer di Lubuk Sireh, Perlis.

Menurut Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail, setakat ini, hanya 91 kubur yang dikenal pasti di kawasan tersebut dan operasi menggali akan diteruskan esok pagi.

Tambahnya lagi, pengesahan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan menyeluruh di sepanjang kawasan sempadan negara.

"Saya mengesahkan di sini bahawa penemuan kubur baharu seperti yang dinyatakan di kawasan Mata Ayer sebenarnya tidak ada kena mengena dengan isu pemerdagangan manusia.

"Pihak kami telah membuat pemeriksaan di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand dan tidak ada lagi penemuan kubur-kubur baru berkaitan dengan pemerdagangan manusia," beliau berkata ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Shah di Alor Setar, Kedah hari ini.

Dalam pada itu, Shafie turut memaklumkan, lebih 90 anggota polis akan terlibat dalam operasi menggali kubur di kawasan kedua iaitu Hutan Simpan Mata Ayer yang akan bermula esok.

Hari ini seramai 25 anggota telah dikerahkan untuk membawa bahan-bahan logistik ke kawasan itu.

Shafie berkata, operasi yang dihentikan selama dua hari sebelum ini adalah bagi memberi ruang kepada pegawainya untuk berehat memandangkan sebelum ini operasi membawa turun mayat berdepan dengan pelbagai kesukaran.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment