Sepp Blatter
PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa), Sepp Blatter mengumumkan peletakan jawatan selepas empat hari dipilih semula menerajui badan induk bola sepak dunia itu.
Blatter, 79, mengumumkan peletakan jawatannya itu pada sidang media yang diadakan di Zurich, enam hari selepas FBI menyerbu dan menggeledah hotel di Zurich dan menahan beberapa pegawai Fifa.
Dia yang memegang jawatan sebagai Presiden Fifa selama 17 tahun berkata, pemilihan presiden baru Fifa akan diadakan secepat mungkin.
"Saya berhasrat untuk menyerahkan mandat pada Kongres Pemilihan Khas dan akan meneruskan khidmat sebagai presiden sehinggalah hari pemilihan itu," katanya dipetik AFP.
Blatter menambah, Fifa memerlukan penyusunan semula secara menyeluruh dan beliau sudah membuat pertimbangan mendalam berhubung jawatannya itu sejak dipilih semula.
"Walaupun menerima mandat baru, namun ia tidak mencerminkan sokongan daripada semua pihak," katanya.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment