Wednesday 3 June 2015

Canon EOS 5DS R, EOS 5DS dengan pemproses enam imej HD

DUA kamera baharu EOS 5 DS R dan EOS 5DS. 

CANON Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon) memperkenalkan dua kamera baharu EOS 5 DS R dan EOS 5DS serta 4K Siri Camcorder XC 10. 

EOS 5DS R dan EOS 5DS bukan saja dilengkapi dengan keupayaan 50.6 megapixel, malah dipadankan dengan lensa 35 milimeter (mm) sensor CMOS rangka penuh. 

Selain itu, ia juga dilengkapi dual DIGIC pemproses enam imej bagi menawarkan imej resolusi tertinggi dalam kalangan kamera Canon. Pada resolusi ini, imej yang diperbesarkan masih kekal pada kualiti optimum dan terperinci ketika dicetak. 

Menerusi pemproses itu, EOS 5 DS R dan EOS 5DS menghasilkan keupayaan bacaan kelajuan tinggi dan kelajuan maksimum memetik kamera yang berterusan dengan lima bingkai sesaat, walaupun saiz data imej besar. 

Dengan Penapisan Laluan Rendah Optik (LPF), EOS 5DS R merakamkan imej sangat terperinci dan tajam manakala EOS 5DS dapat mengurangkan kesan 'moire' (garis dan titik). 

Kedua-dua kamera itu adalah sesuai untuk mengambil gambar landskap dan di studio, termasuk imej komersial bagi percetakan format besar.

Sistem AS dalam kamera itu adalah 61 mata kepadatan tinggi setanding dengan EOS 5D Mark III. 

Ia bertindak balas sensitif terhadap jarak dan menyesuaikan secara automatik walaupun dengan perubahan sangat halus dalam komposisi. 

Sementara itu, XC adalah siri pertama camcorder digital video yang menyokong resolusi video 4K dengan menawarkan 10x zoom optik. 

Video resolusi itu menghasilkan kualiti imej yang luar biasa selain mempunyai empat teknologi baharu yang dibangunkan Canon. 

Antara lain format mampatan video Frame 4K yang mencapai maksimum 305 megabits sesaat (Mbps), membolehkan kadar mampatan data yang tinggi tanpa mengabaikan kualiti imej bagi mengurangkan jumlah data. 

Ia juga menggabungkan 12 megapixel, 1 inci sensor CMOS, kelajuan maksimum ISO 20,000 dan pemetik mekanikal yang sesuai kepada profesional dan amatur.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment