Tunku Ismail Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU - Rakyat Johor dinasihatkan agar tidak terlalu mudah terpengaruh dengan strategi pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan Bangsa Johor.
Merujuk kepada ‘Johor For Christian’ yang sedang menjadi ‘viral’ di laman sosial, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, ‘orang luar’ tidak patut mengganggu keharmonian bangsa Johor dengan menyentuh isu-isu agama yang sememangnya sensitif.
“Maklumat yang telah dikenal pasti berkenaan video ‘Johor For Christian’ yang sedang menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook, didalangi oleh sekumpulan individu berasal dari Negeri Sembilan.
“Jangan pecah belah antara kaum dan Bangsa Johor. Anasir-anasir luar takut bangsa Johor bersatu. Rakyat Johor jangan terlalu mudah terpengaruh kerana ini adalah strategi pihak tertentu untuk pecah-belahkan bangsa Johor,” katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers di sini semalam.
Tunku Ismail berkata, rakyat negeri sentiasa menghormati semua kaum malah setiap kaum berhak mengamalkan agama masing masing.
Katanya, bagaimanapun, orang luar tidak patut mengganggu keharmonian bangsa Johor dengan menyentuh isu-isu agama yang sememangnya sensitif.
“Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah bertitah agar orang luar janganlah mengganggu keharmonian dan kesejahteraan Negeri Johor dan Bangsa Johor hendaklah sentiasa bersatu.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment