Wednesday, 3 June 2015

Pengantin perempuan muncul dari keranda dalam majlis perkahwinan

Demi kelainan,seorang pengantin perempuan membuat kemunculan dari keranda.

Apa yang akan muncul dalam fikiran anda jika anda hadir ke sebuah majlis perkahwinan, dan anda melihat sebuah keranda ditempatkan di tengah-tengah dewan tempat berlangsungnya majlis?

Tentulah anda terkejut dan mungkin juga rasa bulu roma naik. Itulah yang dirasai tetamu yang berkunjung ke majlis perkahwinan Jenny Buckleff.

Kerana mahukan kelainan, Jenny, 58, membuat kemunculan dari sebuah keranda, tidak secara tradisional seperti kebanyakan pengantin perempuan lain.

Apa yang menarik, Jenny pernah bekerja di rumah pengurusan mayat. Keranda yang digunakan pula adalah milik abangnya.

Biarpun tindakannya mengejutkan ramai, namun Jenny berpuas hati kerana ia akan menjadi perbualan dan diingati ramai.

"Memang itulah hasrat saya, mahu membuat sesuatu yang berlainan di majlis perkahwinan saya," kata Jenny

Jenny dan pasangannya, Christopher Lockett, 51, berkahwin di Wales, Sabtu lepas. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment