Thursday 23 April 2015

Rossa gegar Istana Budaya 22-23 Mei

ROSSA bakal tampil dengan konsert Malam Keajaiban Cinta pada 22 dan 23 Mei ini.

KUALA LUMPUR : Penyanyi Rossa adalah artis wanita solo dari Indonesia pertama yang diberikan kepercayaan oleh pihak Istana Budaya untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu.

Pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani bakal tampil dengan konsert Malam Keajaiban Cinta pada 22 dan 23 Mei ini. Antara lagu beliau yang cukup dekat dengan hati peminat adalah Hey Ladies, Ayat-Ayat Cinta, Terlanjur Cinta dan Wanita Yang Kau Pilih

Konsert diterbitkan oleh Airish Events dengan kerjasama Mask Team. Peminat Rossa boleh mendapatkan tiket pada harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM258, RM278, RM338 dan RM518. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.airasiaredtix.com.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment