Thursday 23 April 2015

180 ditahan di Langkawi

Sebahagian daripada 180 penagih dadah ditahan dalam Ops Sarang yang dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman bersama Agensi Dadah Kebangsaan (AADK). 

LANGKAWI - Sebanyak 180 orang ditahan dalam Ops Sarang di sini hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Timbalan Komander II Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik Bukit Aman (STING), Senior Asisten Komisioner Roslan Abdul Wahid berkata, 150 gram heroin, 6.68 gram syabu and 17 kg daun ketum turut dirampas dalam operasi yang dijalankan sejak 18 April lalu itu.

Beliau berkata, daripada jumlah yang ditahan itu, 125 suspek didapati positif dadah dan dirujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk pemulihan.

Enam daripada yang ditahan itu disiasat kerana disyaki menjadi pengedar yang tiga daripada mereka dipercayai membawa masuk dadah daripada tanah besar dan negara jiran," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, operasi di sekitar Bukit Malut dan Taman Nilam itu melibatkan 150 pegawai dan anggota polis serta AADK.

"Ini merupakan operasi bersepadu pertama kali yang dijalankan bersama AADK yang dianggap berjaya dalam menangani penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Izhar Abu Talib, Pengarah AADK Kedah, Mohammad Nazer Mustafa dan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment