Thursday 23 April 2015

Mesej viral palsu curi organ

Mesej viral yang tersebar.

IPOH – Mesej viral mendakwa terdapat penculik yang ingin menculik kanak-kanak untuk mendapatkan organ mereka di sekitar Gopeng, Kampar, Malim Nawar dan Ipoh yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian tersebut.

Menurutnya, mesej tersebut sebelum ini pernah disebarkan di media sosial dan melalui aplikasi WhatsApp oleh orang awam.

“Berhubung penyebaran mesej itu, sehingga hari ini (semalam) kami tidak menerima aduan atau laporan polis mengenai insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam mesej itu juga mendakwa penculik terbabit turut berada di Langkawi, Pulau Pinang dan Seberang Prai, menaiki sebuah kereta dan van untuk mencari mangsa terutamanya kanak-kanak yang berusia di bawah 15 tahun.

Selain itu, kandungan dalam mesej tersebut turut menyelitkan harga organ manusia yang bernilai antara RM10,000 dan RM800,000 mengikut jenis organ.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment