Thursday 23 April 2015

4,215 ubat-ubatan dikecualikan GST

SUBROMANIAM: Selain itu, 126 jenis peralatan perubatan termasuk peralatan pembedahan turut mendapat kelulusan Kementerian Kewangan untuk dikecualikan GST - Gambar Fail

PUTRAJAYA: Sebanyak 4,215 jenis ubat-ubatan dibawah Senarai Ubat Penting Kebangsaan dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy berkata senarai tersebut telah diluluskan Kementerian Kewangan.

"Jika ada apa-apa tambahan dari segi bilangan ubat-ubatan yang dikecualikan GST, ianya perlu mendapat kelulusan kerajaan dahulu.

"Selain itu, 126 jenis peralatan perubatan termasuk peralatan pembedahan turut mendapat kelulusan Kementerian Kewangan untuk dikecualikan GST," kata Subromaniam ketika sidang media di Putrajaya petang tadi.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment