Thursday 23 April 2015

Foto Selfie Shahrukh Khan dan Zayn Malik pecah rekod Twitter di India

Shah Rukh Khan baru-baru ini telah mencipta sejarah tersendiri selepas foto selfie dengan penyanyi Zayn Malik di Twitter mendapat Retweet dan Favorite paling banyak di India.

KUALA LUMPUR: Bintang Bollywood, Shahrukh Khan baru-baru ini telah mencipta sejarah tersendiri selepas foto selfie dengan penyanyi Zayn Malik di Twitter mendapat Retweet dan Favorite paling banyak di India.

Bintang berlainan generasi itu bertemu sewaktu berlangsungnya Asian Awards yang kelima di London. Foto tersebut menerima 110 ribu favorite dan 150 ribu retweet sehingga kini.

Menerusi foto tersebut, Shahrukh Khan memuat naik kapsyen mendoakan kesejahteraan Zayn Malik yang mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan One Direction.

”This kid is so cool. May Allah bless him. Dinner time at the Asian Awards,” tulis Shahrukh.

Sehingga kini foto selfie tersebut terus menjadi perhatian dan masih menerima Retweet dan Favorite daripada umum.

Pengacara terkenal, Ellen Lee DeGeneres masih memegang rekod menerima Retweet dan Favorite foto selfie paling banyak sepanjang zaman sewaktu berlangsungnya Oscar Awards 2014 dengan 3 juta Retweet di seluruh dunia. -- Astro Gempak


- Sumber: Astro Gempak

No comments:

Post a Comment