Friday 11 October 2013

Tony: Orang bijak buat bodoh untuk lepaskan diri


Tony Pua


SHAH ALAM – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memberitahu isu penyelewengan sering dikaitkan kurang kecekapan ekoran pihak yang terlibat bijak ‘buat bodoh’.

Akhirnya, pihak tersebut hanya menerima surat teguran daripada pihak atasan atas kurang kecekapan tersebut.

Beliau berkata demikian di pentas Wacana Sinar Harian siri ke-24 berjudul ‘Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang’, hari ini.

Pentas wacana turut menampilkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang;, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed .

“Orang yang paling bijak dalam perkara penyelewengan adalah pihak yang selalu menjawab 'oh macam itu ya. Saya tak tahulah. Saya bodoh dalam perkara ini'.

“Yang paling bijak, yang paling pandai, buat bodoh. Hanya apabila buat bodoh, ia bukan menjadi perkara penyelewengan. Ia menjadi isu kurang kecekapan,” katanya.

Beliau menambah, pihak terbabit hanya akan menerima surat teguran berbanding hukuman yang sewajarnya dikenakan.

“Apabila kurang cekap, terpulang kepada pihak ketua dan menteri untuk beri satu surat teguran.

“Jadi, sangat mudah untuk berlagak bodoh, dah keluar dari masalah,” katanya.


Sumber

No comments:

Post a Comment