Itu tajuk berita online yang disiarkan Sinar Harian.
Tapi nampak macam berita berat sebelah saja, sebab kisah dari pihak pegawai JKM tidak pula di ambil kira. Diharap pihak pemberita dapat merungkai kisah disebalik kejadian tersebut.
Gambar-gambar yang disebarkan menerusi blog dan beberapa laman berita atas talian.
KULIM - Seorang OKU dari Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU) dikatakan nekad mendaki tangga dengan merangkak kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu pada 6 Oktober lalu.
Beberapa blog dan berita dalam talian melaporkan, OKU itu yang juga Pengerusi PKSOSU, K Genggataran, 53, berbuat demikian selepas pegawai JKM Daerah Kulim dikatakan enggan menemui mereka walaupun setelah menunggu lebih sejam.
Tajuk-tajuk yang digunakan dalam laporan ini seolah-olah menghentam JKM Kulim yang tidak prihatin dengan kesukaran seorang OKU. Antara tajuk yang disebarkan menerusi internet, 'OKU ketuk pintu JKM buat tak tau', 'Terpaksa merangkak ke pejabat Pengarah JKM' malah ada yang menggunakan tajuk, 'Pengarah JKM Kulim kejam paksa OKU merangkak naik tangga'.
Berita portal turut memetik Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran sebagai berkata, pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah pejabat JKM Kulim untuk menemui pegawai JKM yang berada di tingkat atas.
“Selepas menunggu hampir sejam, seorang daripada mereka (Genggataran) nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu kerana pejabat berkenaan tiada lif.
“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respons mengenainya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment