Friday 11 October 2013

Anak Taib Mahmud miliki aset RM1 bilion

mahkamah

KUALA LUMPUR - Shahnaz A Majid memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa  bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Abdul Taib mempunyai aset bernilai RM916 juta dan RM1.33 bilion di Kuala Lumpur.

Abu Bekir merupakan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Memberi keterangan dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta, Shahnaz berkata, beliau tahu mengenai jumlah itu apabila mengupah akauntan berwibawa untuk menilainya nilai aset itu.

Katanya, akauntan itu akan memberi keterangan kepada mahkamah selepas ini.

Sementara itu, Shahnaz juga berkata, Abu Bekir mempunyai pegangan dalam 49 syarikat di Malaysia dan 20 daripadanya sudah diaudit.

Antara syarikat yang dinamakannnya, Achijaya Communications Sdn Bhd, Bumi Time Extra Sdn Bhd dan Cahaya Mata Sarawak Bhd.


Sumber

No comments:

Post a Comment