Friday 11 October 2013

'Kami dah nikah dua kali', kata Aeril

Aeril Zafrel
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menerangkan status mereka berdua pada sidang media. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


SHAH ALAM - Setelah puas berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya pelakon, Aeril Zafrel, mengakui telah menikahi aktres, Wawa Zainal, 22.

Bagaimanapun Aeril, nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, menjelaskan mereka telah bernikah pada 25 Februari 2012 mengikut undang-undang Islam.

Namun setelah Wawa disahkan hamil Disember tahun sama, mereka bernikah sekali lagi pada 5 Februari atas permintaan keluarga pihak perempuan.

"Ya, kami sudah bernikah di Taman Datuk Haron, Petaling Jaya pada 25 Februari lalu. Namun, perkahwinan itu hanyalah satu akad yang menghalalkan hubungan sahaja. Kami tidak mendaftarkan pernikahan itu di pejabat agama.

"Bila Wawa disahkan hamil pada Disember lalu, kami dinasihatkan untuk berkahwin sekali lagi apabila perkahwinan terdahulu tidak sah di sisi undang-undang Malaysia.

"Jadi, kami bernikah sekali lagi pada 5 Februari tahun ini di Masjid Taman Datuk Haron. Jika kami tidak berbuat demikian, anak kami tidak dapat didaftarkan atas nama saya sebagai bapa," katanya ketika sidang media yang berlangsung di restoran Western 114, Neo Damansara.

Tambah Aeril, hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Mohd Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

Dalam sidang media itu, Aeril dan Wawa diasak pelbagai soalan daripada media secara 'keras' kerana tindakan mereka yang sering menafikan hubungan tersebut.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, mereka menyembunyikan perkahwinan itu adalah kerana menghormati pendirian pemilik Metrowealth, Mejar K David Teo, yang tidak menyenangi hubungan itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment