Friday 11 October 2013

Kita hanya tembak mengikut SOP

KPN: Kita hanya tembak mengikut SOP


KUALA LUMPUR: Polis sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, polis tidak sewenang-wenangnya melepaskan tembakan ketika berdepan penjenayah.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di majlis istiadat penganugerahan darjah , bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena sambutan hari jadi yang dipertua negeri Melaka ke-75 di Ayer Keroh.

Khalid turut dianugerah darjah cemerlang seri melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan menteri dalam negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu taklimat keselamatan tertutup bersama pemimpin masyarakat Sabtu lalu, dikatakan memberi gambaran bahawa lebih baik menembak suspek terlebih dahulu sebelum siasatan.

Kenyataan terbaru Khalid dilihat bercanggah dengan kenyataan Zahid dalam satu program Astro AWANI.

Zahid telah menegaskan kenyataan 'tembak dulu' merujuk kepada lima orang suspek Geng 04 yang ditembak mati di Pulau Pinang pada 19 Ogos.

Menurutnya, dalam insiden itu polis tidak boleh memberi amaran sedangkan sudah tahu, melalui maklumat risikan, bahawa penjenayah-penjenayah tersebut bersenjata.

Sementara itu, Belanjawan 2014 yang bakal dibentangkan pada 25 Oktober ini, Khalid berharap dapat memenuhi segala keperluan yang sudah diunjurkan dalam menambahbaik kualiti perkhidmatan polis DiRaja Malaysia.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment