Friday 11 October 2013

Jika rasa bersalah, tiada halangan untuk menteri letak jawatan - Ketua Audit Negara

Jika rasa bersalah, tiada halangan untuk menteri letak jawatan - Ketua Audit Negara

SHAH ALAM:  Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menegaskan tidak ada apa-apa yang menyekat seseorang menteri daripada meletakkan jawatan kerana dakwaan salah laku yang didedahkan dalam laporan tahunan Jabatan Audit Negara.

Bagaimanapun Ambrin tidak menyatakan tindakan itu harus diwajibkan sebaliknya berpendapat keputusan berkenaan adalah tindakan peribadi.

“Adakah patut mereka meletak jawatan? Itu adalah keputusan peribadi. Sekiranya mereka rasa mereka bersalah, letak jawatanlah. Siapa yang halang mereka daripada meletak jawatan?," katanya kepada wartawan selepas Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang’ di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad awal hari ini dilaporkan berkata menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian yang didapati membazir sepatutnya letak jawatan.

“Kalau di Jepun, apabila ada pesawat terhempas, menteri pengangkutan letak jawatan. Di Malaysia, kalau terhempas, itu bukan urusan saya. Saya harap ada yang letak jawatan," kata Dr. Mahathir.

Beliau dengan berjenaka kemudian menambah beliau meletak jawatan selepas 22 tahun jadi Perdana Menteri kerana "telah gagal". -ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment