Friday 11 October 2013

Anakku perkenal konsep baru

  • Anakku konsep baru
    Jasmine (tengah) ketika pelancaran Animation World di pusat membeli-belah Mid Valley.



ANAKKU Sdn Bhd menyasarkan jualan RM100,000 bagi setiap kedai konsep Animation World menjelang akhir tahun ini, serentak dengan pengenalan kedai konsep baru itu, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Anakku, Jasmine Chew berkata, setakat ini, kedai konsep itu boleh didapati di pusat membeli-belah Mid Valley.

"Dua cawangan lain di Queensbay Mall, Pulau Pinang dan East Coast Mall, Pahang yang akan dibuka pada Oktober ini. Manakala Johor dan Pavilion, Kuala Lumpur akan dibuka pada Disember nanti," katanya.

Menurutnya, Animation World menawarkan pelbagai produk menggunakan pelbagai karakter kartun kegemaran kanak-kanak antaranya Hello Kitty, Mickey Mouse, Angry Bird dan Doraemon.

Katanya, kedai konsep itu adalah kedai dengan gabungan pelbagai jenama animasi kartun di bawah satu bumbung dengan kos dekorasi berjumlah RM500,000 bagi setiap kedai.

Chew berkata, pelanggan Anakku boleh mendapatkan produk jenama yang mereka dengan harga serendah RM4.90 sehingga RM400 di beberapa cawangan Anakku di seluruh negara.

"Konsep baru itu bertujuan memberikan pelanggan merasakan bahawa mereka sedang memasuki dunia yang berbeza apabila melangkah masuk ke dalam kedai.

“Setiap karakter animasi mempunyai identiti serta personaliti tersendiri. Pelanggan boleh melihat, memegang dan beramah mesra dengan semua karakter- karakter berkenaan.

Katanya, Anakku turut menyasarkan golongan pembeli yang terdiri daripada dewasa untuk datang mengunjungi Animation World kerana karakter- karakter yang diperkenalkan dikenali di peringkat global.


No comments:

Post a Comment