Friday 11 October 2013

Amah kebas barang kemas majikan

Amah kebas barang kemas
Mangsa menunjukkan dimana barang kemas tersebut diletakkan sebelum dibawa lari Selasa lalu oleh pembantu rumahnya.



SHAH ALAM – “Sekarang aku senang sekali". Demikian nota yang ditinggalkan seorang pembantu rumah yang didakwa berjaya melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM185,000 dari rumah majikannya di Denai Alam, Seksyen U16, Shah Alam, pagi Selasa lalu.

Mangsa Rossazannah Omar, 48, berkata, sebelum kejadian, dia meninggalkan anak dan pembantu rumahnya yang dipanggil 'Wati' di butik miliknya sebelum menghadiri satu mesyuarat di kawasan berhampiran.

"Disebabkan urusan tersebut, saya minta Wati menghantar anak ke sekolah yang terletak berdekatan. Tetapi, mesyuarat habis awal dan bila pulang kira-kira jam 11 pagi anak dan juga Wati sudah tiada.

"Apa yang peliknya, dia menghantar anak saya ke tadika dua jam lebih awal. Sepatutnya dia hantar jam 1.30 petang," katanya yang bertindak segera ke tadika kerana bimbang keselamatan anaknya.

“Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu, syukur sebab anak saya ada di tadika. Saya kembali bergegas balik untuk melihat keadaan rumah waktu itu.

“Saya tidak sangka dia sanggup buat begini padahal saya menjaga dia dengan baik. Ke mana saya pergi saya bawa dia. Sudah seperti anak saya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Rossazannah tidak menolak perkara ini sudah rancang kerana sebelum peristiwa ini berlaku kerana macam-macam nota ditulisnya seperti kalendar yang ditandakan ‘lari’ pada tarikh 8 Oktober iaitu tarikh dia melarikan diri.

Menurutnya, sepanjang dua bulan Wati bekerja dengannya, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana tingkah laku Wati yang begitu baik di depannya.

Wati Wijayanti berumur 23 tahun yang berasal dari Indonesia dikatakan mempunyai latar belakang keluarga yang susah sebelum mangsa mendapatkan khidmatnya sebagai pembantu rumah.

Sehubungan itu, Rossazannah telah membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber

No comments:

Post a Comment