ELLA (kanan) dan Azhar Ghazali pada pelancaran produk Lameya di Saloma Bistro. - Foto Adi Safri
KUALA LUMPUR: Ratu rock negara, Ella tidak ralat timbul cerita dia hamil walaupun ini bukan kali pertama berita itu tersebar.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 48, berkata ini adalah kali kedua tersebar cerita di hamil selepas dakwaan sama muncul sekitar penghujung 2013.
Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Azhar Ghazali pada 2011, tetapi setakat ini tiada tanda dia mengandung, justeru Ella masih menaruh harapan khabar itu menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat.
"Saya tidak tahu menahu tersebarnya berita mengatakan saya hamil. Mudah-mudahan saya diberikan rezeki dalam masa yang terdekat ini.
"Walaupun ini bukan kali pertama timbulnya gosip mengandung ini, saya tidak ralat dan menganggap ia sebagai doa oleh orang ramai kepada saya.
"Tidak timbul rasa menyampah atau sebagainya kerana saya bersyukur peminat berharap yang terbaik buat saya. Malah saya sendiri turut meminta tips daripada Didie Alias yang juga mengandung pada usia 40-an," katanya ditemui pada pelancaran produk kecantikan dan kesihatan Lameya yang dikatakan menjadi antara rahsia awet muda Ella.
Ella berkata, dia dan kakaknya Jojie sudah lama mengamalkan produk itu yang diasaskan dengan ramuan khas buah-buahan sunnah Rasulullah SAW.
"Suami yang menyarankan agar saya berkongsi ramuan ini dengan orang ramai. Ia adalah resepi rahsia turun temurun dari ibu kami dan dihasilkan dalam bentuk sachet," katanya.
ELLA pada pelancaran produk Lameya di Saloma Bistro. - FotoAdi Safri
- Sumber: BH Online
No comments:
Post a Comment