SHAH ALAM - Susulan krisis yang berlaku dalam PR, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) akan mengumumkan pendirian mereka sama ada kekal sebagai NGO atau menjadi 'penyelamat' dalam krisis itu.
Ahli Jawatankuasa Pasma, Sheikh Omar berkata, pengumuman itu akan dibuat petang ini dalam satu majlis di Shah Alam.
"Pengumuman penting akan dibuat berikutan situasi semasa dalam PR mutakhir ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Krisis dalam PR dilihat semakin besar selepas Pas menerusi Dewan Ulama mereka menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas.
Rentetan itu jurang makin melebar antara pemimpin Pas dan DAP sehinggakan tercetusnya krisis dalam PR terutamanya di negeri pimpinan mereka iaitu di Pulau Pinang dan Selangor.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment