Selain kawalan virus di tempat umum, dua buah hospital di Korea Selatan ditutup dengan 133 orang termasuk pesakit dan kakitangan dilarang sama sekali keluar daripadanya. - Foto AP
SEOUL: Seoul yang sedang mengalami penularan penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) kini dilaporkan melihat kes kematian ke-14, dengan 12 kes baharu.
Kematian yang terbaru adalah melibatkan seorang wanita berumur 68 tahun yang dijangkiti virus itu di sebuah Hospital di Pyeongtaek City, 65 kilometres dari Seoul, lapor AFP yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Korea Selatan.
Kementerian itu berkata kesemua 14 orang yang meninggal akibat penyakit itu mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti hipertensi.
Dua belas pesakit baru membawa jumlah kes di negara itu kepada 138 kes, iaitu negara yang paling tinggi dijangkiti dengan penyakit itu, selain Arab Saudi.
Ia dilaporkan 60 orang telah dijangkiti dengan penyakit itu dari Pusat Perubatan Samsung, salah sebuah hospital yang paling besar di Seoul.
Lima kes lain lagi sedang disiasat untuk mengetahui bagaimana dan di mana mereka telah dijangkiti.
Pesakit pertama yang dijangkiti di Korea Selatan di sahkan pada 20 Mei selepas lawatan ke Arab Saudi.
- Sumber: Agensi
No comments:
Post a Comment