Tuesday 9 June 2015

Wanita cantik kudung kaki susulan nahas roller-coaster



Salah seorang mangsa kemalangan permainan roller coaster di Alton Towers, England telah mengalami amputasi kaki hari ini, lapor NHS. - Gambar Facebook

KUALA LUMPUR: Salah seorang mangsa kemalangan permainan ngeri roller-coaster di Taman Tema Alton Towers, England terpaksa dipotong kakinya hari ini, lapor Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan, (NHS) negara itu.

Memetik laporan Metro.UK, Leah Washington merupakan salah seorang daripada empat mangsa yang mengalami kecderaan parah apabila enjin rolle-rcoaster yang sedang dinaikinya mengalami kerosakan pada Selasa minggu lepas.

Difahamkan, Lea telah berkunjung ke taman tema permainan tersebut bersama rakannya, Joe Pugh sebelum ditimpa kemalangan itu.

Bagaimanapun, Alton Towers dibuka semula hari ini untuk kunjungan orang ramai tetapi permainan roller coaster 'The Smiler' ditutup buat sementara berikutan siasatan masih dijalankan.

Menurut jurucakap taman tema permainan itu, mereka agak sedih dan terkejut dengan berita tersebut, sambil menambah bahawa mereka akan memberi sokongan penuh kepada semua mangsa yang terlibat.

Difahamkan, 16 orang terperangkap selama lebih empat jam sementara menunggu pasukan penyelamat untuk mengeluarkan mereka daripada permainan rollercoaster tersebut.

Ketua Eksekutif Merlin Entertainments, Nick Varney berkata kejadian itu merupakan satu kemalangan yang mengerikan buat semua mangsa yang terlibat.

Nick turut mengatakan pihaknya akan sentiasa memberi sokongan moral kepada mangsa yang tercedera dan keluarga mereka.

Dalam perkembangan sama, para netizen turut sampaikan sokongan dan doa buah Leah Washington dan mangsa - mangsa yang lain. 

Mangsa nahas roller-coaster di Alton Towers dilapor akan menerima wang pampasan selepas pemilik taman tema itu berkata mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian tragis itu.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment