Tuesday 9 June 2015

Fathia nafi berbogel dalam Darah Panas


FATHIA nafi beliau berbogel dalam filem Darah Panas yang menjadi bualan hangat. - Foto Rohanis Shukri

Pelakon jelita, Fathia Latiff menafikan beliau berbogel dalam filem Darah Panas yang menjadi bualan hangat di laman sosial minggu lalu.

Fathia menegaskan, peminat perlu menonton dahulu filem yang menampilkan beliau selaku teraju utama itu sebelum membuat kesimpulan sendiri.

"Sebenarnya tidak wujud istilah berbogel dalam filem ini. Saya hanya memakai baju 'dress' merah jambu bagi menjayakan watak sebagai gadis kampung yang dipaksa menjadi pelacur.

"Jika orang ramai menonton sendiri filem ini maka mereka sendiri pasti tertanya-tanya bahagian mana yang saya berbogel itu? Malah babak rogol pun tiada dalam filem ini," jelas Fathia kepada BH Online.

Fathia berkata, beliau menerima tawaran yang diberikan oleh pengarah kerana ingin mendidik generasi muda agar tidak tertipu dan terpedaya dengan tipu helah di media sosial serta mempercayai orang yang tidak dikenali.

FATHIA (dua dari kanan) bersama antara barisan pelakon yang hadir pada pra tonton filem Darah Panas. - Foto Rohanis Shukri

Filem Darah Panas yang berada di pawagam bermula 4 Jun menjadi bualan hangat apabila babak-babak 'panas' tersebar di media sosial. Antara pelakon hebat yang turut membintangi filem itu ialah Sharnaaz Ahmad, Datuk Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid dan ramai lagi.

Wanita berusia 28 tahun itu turut berkongsi bahawa beliau kini sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan bersama penerbit drama popular, Ziela Jalil.

"Saya bakal tampil dengan produk pelangsing tubuh tidak lama lagi. Idea tercetus daripada Kak Ziela dan saya juga tertarik dengan keberkesanan produk ini yang membuatkan saya ingin turut terlibat sama.

"Ia berasaskan bahan yang mengandungi fiber yang melancarkan sistem pencernaan dengan cara selamat. Sejak mengamalkan produk ini saya berjaya mengurangkan dua kilogram namun banyak lagi yang perlu saya kurangkan," kata Fathia sambil tertawa.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment