Tuesday, 9 June 2015

Hebat! Malaysia sapu bersih pingat emas acara terjun



Gandingan emas negara itu memperoleh 409.56 mata, 27.78 mata di hadapan pasangan adik-beradik dari Singapura, Mark dan Timothy Lee yang mengumpul 381.78 mata.

SINGAPURA: Penerjun negara, Ooi Tze Liang mencipta kejayaan tersendiri apabila meraih empat pingat emas dalam acara terjun pada Sukan SEA ke-28 di sini.

Pada hari terakhir acara terjun yang dipertandingkan di Pusat Akuatik OCBC hari ini, penerjun berusia 21 tahun itu meraih emas dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki, bergandingan dengan Ahmad Amsyar Azman.

Gandingan emas negara itu memperoleh 409.56 mata, 27.78 mata di hadapan pasangan adik-beradik dari Singapura, Mark dan Timothy Lee yang mengumpul 381.78 mata.

Pingat gangsa milik Akhmad Sukran Jamjami dan Adityo Restu Putra dari Indonesia yang mengutip 310.45 mata.

"Secara keseluruhan, saya gembira dengan pencapaian saya di sini. Ini pencapaian terbaik saya selepas tiga kali menyertai Sukan SEA.

"Dalam acara hari ini, saya merasa sedikit gementar untuk beraksi sebab agak keletihan tetapi saya dapat mengawal keadaan dan memberi fokus kepada terjunan saya," kata penerjun berasal dari Pulau Pinang itu.

Selepas Sukan SEA, Tze Liang dijadual menyambung latihan di China bagi mempersiapkan diri menyertai Kejohanan Dunia bulan depan.

Sementara itu, ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg meraih pingat emas terakhir yang ditawarkan dalam acara terjun pada temasya kali ini.

Beliau memperoleh 353.000 mata, mengatasi rakan sepasukan Loh Zhiayi yang mengutip 305.25 mata dalam acara 10m platform. 

Pingat gangsa dimenangi peserta Singapura Freida Lim yang mengumpul 251.70 mata.

Secara keseluruhan, skuad terjun negara meraih lapan pingat emas dan tiga perak. 

- Sumber: Astro Arena 

No comments:

Post a Comment