Tuesday 9 June 2015

Jenama Samsung paling diyakini di Asia


Samsung menduduki tempat teratas dalam laporan Top 1000 Brands Asia daripada Campaign Asia-Pacific.

Laporan berkenaan dijalankan dengan kerjasama syarikat maklumat global, Nielsen dan tinjauan tahunan itu adalah yang terbesar dan paling berpengaruh, mendedahkan jenama paling dihargai serta dipercayai pengguna di seluruh rantau.

Top 1000 Brands Asia bagi 2015 juga menunjukkan peningkatan dalam kedudukan banyak jenama tempatan. 

Laporan Top 1000 Brands Asia itu mengumpulkan data daripada kaji selidik dalam talian yang dibangunkan bersama oleh Campaign Asia-Pacific dan Nielsen.

Laporan itu menggabungkan pengguna di 13 pasaran serantau utama di seluruh Asia Pasifik: Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment