Tuesday, 9 June 2015

Najib nafi bantuan lambat sampai ketika gempa

NAJIB beramah mesra dengan keluarga anggota polis yang terpaksa mendiami khemah sementara berikutan kuarters yang dihuni retak akibat gempa bumi Jumaat lepas, di Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau, hari ini. - Foto Malai Rosmah Tuah

RANAU: Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan pasukan keselamatan lambat tiba untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu, Jumaat lalu.

Perdana Menteri berkata, semua langkah yang perlu dan mampu dilakukan pasukan keselamatan untuk membantu mangsa sudah diambil dengan mengambil kira faktor keadaan selepas kejadian dan cuaca.

Beliau berpuas hati terhadap segala tindakan yang diambil dalam operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai pihak.


"Kalau ada yang cuba tuding jari sebab (pasukan keselamatan) lambat atau ada kelemahan, itu sebenarnya tiada.

"Semua yang boleh diselamatkan dapat diselamatkan...yang tidak dapat diselamatkan, ia takdir Ilahi atas kejadian itu," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa dan waris mangsa gempa bumi di Dewan Kinabalu, Taman Kinabalu, dekat sini.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Najib turut melahirkan penghargaannya terhadap semua pihak membabitkan kerajaan negeri dan Pusat yang terbabit dalam operasi berkenaan terutama kumpulan malim gunung yang menunjukkan keberanian luar biasa.

Beliau berkata, kerjasama erat antara agensi kerajaan negeri dan Pusat mampu melancarkan operasi berkenaan.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment