Tuesday, 9 June 2015

Misteri batu bergerak di Death Valley


SEJAK berpuluh tahun lalu, Racetrack Playa di Taman Negara Death Valley, di California, Amerika Syarikat terkenal kerana keajaiban batu yang terdapat di sini bergerak sendiri tanpa ada sesiapa yang menolaknya.

Setiap batu yang bergerak meninggalkan kesan bergeser di atas tanah seperti ditolak. Anehnya, saiz batu tersebut seberat puluhan kilogram dan ia sudah pastinya tidak boleh ditolak sewenang-wenangnya.

Menurut laporan NY Post, pelbagai spekulasi timbul berkaitan misteri ini. Dua penyelidik di Institut Oseanografi Scripps di Universiti California, San Diego, tampil membuat kajian bagi merungkai misteri itu.

Richard Norris dan James Norris menyimpulkan bahawa pergerakan batu mungkin disebabkan lapisan ais yang terbentuk selepas hujan semalaman cair pada waktu siang, dan menyebabkan tanah keras menjadi berlumpur serta licin.

Sebanyak 60 pergerakan batu diperhatikan pada waktu siang, malam dan malam pada suhu separuh beku.

“Kesimpulannya membuktikan teori yang diketengahkan ahli geologi sekitar tahun 1940 an. Fenomena ini tidak berlaku selalu kerana hujan jarang turun di lembah pasir yang panas dan kering,” menurut laporan mereka dalam jurnal Plos One.

Laporan juga menyebut, batu bergerak kira-kira 5 meter seminit.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment