Saturday 18 April 2015

Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan di Sungai Buloh

KUALA LUMPUR: Tiga maut manakala empat lagi cedera apabila kereta yang mereka dinaiki bertembung di Jalan Kampung Merbau Sempak di Sungai Buloh, dekat sini, Jumaat malam.

Kejadian pukul 9.50 malam itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dinaiki empat penumpang dewasa dan lima kanak-kanak manakala kereta Proton Waja dinaiki dua penumpang dewasa dan dua kanak-kanak

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A Shamsideen berkata dua mangsa maut adalah daripada kereta Perodua Myvi manakala seorang lagi daripada kereta Proton Waja.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa berusia antara 27 dan 69 itu, meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata semua mangsa dihantar ke hospital berkenaan untuk bedah siasat.

- Sumber: Bernama | 18 April 2015

No comments:

Post a Comment