Saturday 18 April 2015

Samsung tambah stok Galaxy S6 Edge Gold Platinum

DATUK Lee Chong Wei bersama Presiden Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd Lee Sang Hoon (kanan) menunjukkan telefon pintar terbaharu Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge pada majlis bertemu pembeli terawal telefon pintar itu di sini hari ini.Turut hadir Lee Jui Siang (kiri).


KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd akan menambah semula stok telefon Samsung Galaxy S6 Edge Gold Platinum bagi memenuhi permintaan yang sangat menggalakkan daripada pengguna Malaysia. 

"Prapesanan bagi Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge memberangsangkan sejak pelancaran pada 2 April dengan Samsung Galaxy S6 Edge Gold Platinum menjadi pilihan dalam kalangan pelanggan Malaysia," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini. 

Naib Presiden Lee Jui Siang berkata peranti Samsung dibina dengan mementingkan keperluan pelanggan. 

"Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge mempunyai kelebihan dari segi fungsi dan rupa. Menggabungkan reka bentuk dengan ciri-ciri kuasa, Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge memberikan nilai sebenar dan kami percaya itulah sebabnya ia menerima maklum balas positif di seluruh dunia dan juga di Malaysia," katanya. 

Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge berharga masing-masing RM2,599 dan RM3,099, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

- Sumber: Bernama  

1 comment: