Saturday 18 April 2015

52 warga China terbabit 'Macau Scam' diberkas

Twitter Tan Sri Khalid Abu Bakar


KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur menahan 52 warga China dalam serbuan di enam kondominium di sekitar ibu negara kerana terbabit kegiatan penipuan 'Macau Scam'. 

Kejayaan itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi posting terbaharu di laman Twitternya pagi ini.

Difahamkan, serbuan pada jam 6 petang semalam hingga 5 pagi tadi itu berjaya menahan masing-masing 26 lelaki dan wanita berusia antara 18 hingga 55 tahun.

Turut dirampas dalam serbuan itu, sembilan komputer, 55 telefon bimbit, 67 komputer riba, wang tunai RM14,955 dan pelbagai peralatan yang digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan mereka.

Siasatan awal polis juga turut mendapati kondominium terbabit disewa dengan harga RM28,000 sebulan dan akan berpindah ke lokasi lain selepas dua bulan beroperasi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

- Sumber: BH Online | 17 April 2015

No comments:

Post a Comment