Saturday 18 April 2015

Teka-teki The Force Awakens


Teka-teki The Force Awakens.

Sedutan filem kedua bagi Star Wars: The Force Awakens sudah dikeluarkan pada 16 April dan ia mendapat sambutan luar biasa peminatnya.

Dari konvensyen khas sambutan Disney Star Wars di pusat konvensyen Anaheim, California sehinggalah ke Malaysia, sebuah tayangan khas untuk sekumpulan kecil peminat tegar filem fiksyen itu turut diadakan.

Pihak penerbitan Star Wars mengadakan sambutan Disney Star Wars di pusat konvensyen Anaheim pada Khamis dan menjanjikan penghormatan kepada filem Star Wars asal yang ditulis dan diarahkan George Lucas.


Selain itu The Force Awakens bakal menyaksikan lebih banyak karekter wanita yang berpengaruh.

Menerusi sedutan filem yang kedua ini, watak klasik dari filem Star Wars seperti Chewbaca dan Hans Solo dipertontonkan buat pertama kali kepada peminatnya selepas kali terakhir muncul dalam filem itu pada trilogi pertama dari Mei 1977 hingga Mei 1983.

Trilogi prekuel yang mula ditayangkan pada Mei 1999 sehingga Mei 2005 hanya mengisahkan kisah hidup Anakin Skywalker yang terpedaya dengan kuasa 'darkside' walaupun mendapat bimbingan untuk menjadi seorang Jedi.

Menjadi persoalan peminat tegar Star Wars, adakah Anakin akan muncul semula dalam The Force Awakens?

Berdasarkan skrip yang digunakan dalam sedutan filem itu yang menyatakan "The Force is strong in my family, my father has it. I have it. My sister has it. You have that power too." yang seakan menggambarkan Anakin masih hidup atau akan dihidupkan semula dalam filem itu.

Siri terakhir Star Wars, Return of the Jedi menyaksikan Anakin terbunuh dan menyertai lagenda Jedi yang sudah mati seperti Obi-Wan Kenobi dan Yoda.


Star Wars: The Force Awakens akan mula ditayangkan pada Disember tahun ini.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment