Thursday 16 April 2015

Pemuda hilang di sungai, dipercayai dibaham buaya

Katanya dua rakan mangsa sempat mendengar suara jeritan sebelum lelaki itu hilang terus daripada pandangan, dan mereka kemudiannya terus berlari meminta pertolongan daripada orang kampung.

KUCHING: Seorang lelaki hilang selepas dikhuatiri dibaham seekor buaya semasa beliau bersama dua rakannya sedang mandi di Sungai Rimbas, Kampung Babu, Betong, kira-kira 250km dari sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya yang menerima panggilan sekitar pukul 3.30 petang tadi, terus melancarkan operasi mencari dengan bantuan beberapa anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, dan penduduk kampung.

Beliau berkata mangsa, Bob Denok, 31, dikatakan memetik buah pedada bersama dua rakannya sebelum mandi di sungai berkenaan sebelum disambar seekor buaya sebelum hilang.

Katanya dua rakan mangsa sempat mendengar suara jeritan sebelum lelaki itu hilang terus daripada pandangan, dan mereka kemudiannya terus berlari meminta pertolongan daripada orang kampung.

Menurutnya operasi mencari oleh anggota bomba bersama penduduk tempatan dihentikan sekitar pukul 6.30 petang tadi ekoran keadaan cuaca yang semakin bertambah gelap.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment