Thursday 16 April 2015

Amah Indonesia dipancung di Arab Saudi

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi memancung kepala seorang pembantu rumah Indonesia kelmarin kerana didapati bersalah membunuh seorang wanita tempatan.

Beberapa akhbar tempatan menyatakan mangsa merupakan majikannya.

Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International berkata, hukuman terhadap pembantu rumah itu, Siti Zainab (gambar) tetap dilaksanakan walaupun dia disyaki mengalami sakit mental.

Kementerian dalam negeri menyatakan, Siti Zainab dipancung selepas didapati bersalah menikam dan memukul sehingga mati wanita Arab Saudi, Noura al-Morobei.

“Hukuman mati itu dilaksanakan kelmarin di kota suci Madinah,” menurut kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.

Hukuman terhadap Siti Zainab menjadikan bilangan warga asing yang dipancung di Arab Saudi meningkat kepada 60 orang sepanjang tahun ini.

Akhbar Indonesia, Kompas pula melaporkan bahawa Siti Zainab didapati bersalah membunuh majikannya pada 1999.

Pelaksanaan hukuman mati ditangguhkan sehingga anak-anak mangsa cukup dewasa untuk memutuskan sama ada hukuman itu perlu diteruskan atau sebaliknya. – 

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment