Thursday 16 April 2015

Mayat berulat ditemui dalam kotak

Anggota polis membawa mayat ke HPP untuk bedah siasat

GEORGETOWN - Bau busuk yang dihidu beberapa warga asing terjawab apabila mayat seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui dalam sebuah rumah kedai dua tingkat di Lebuh Victoria, di sini, petang tadi.

Lelaki dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun itu dipercayai mati hampir lima hari lalu dan mayatnya dalam keadaan berulat serta disumbat dalam sebuah kotak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa namun kita masih menjalankan siasatan lanjut.

"Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment