Wednesday, 23 October 2013

Mayat remaja perempuan ditemui dalam beg pakaian


KLANG:  Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilapor gagal pulang ke rumahnya selepas keluar sejak pagi semalam, ditemui mati dalam keadaan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas di sini malam ini.


Mayat gadis itu yang dipercayai dibunuh seorang lelaki yang dikenalinya melalui Internet, ditemui polis yang dibawa oleh suspek ke lokasi pada pukul 9 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan awal menemukan kesan luka dan pendarahan pada kepala dan tangan mangsa.

Suspek yang berusia 23 tahun itu diberkas polis pada pukul 6.30 petang tadi di rumahnya di Kelana Jaya. Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek lebih 12 jam lalu, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di pada pukul 1.30 pagi selepas anaknya gagal pulang, sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada pukul 11 pagi semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.


- BERNAMA  

No comments:

Post a Comment