Thursday 30 April 2015

Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook orang diburu


Foto Facebook Cascade County Crime Stoppers

KUALA LUMPUR: Seorang suspek lelaki yang didakwa mencuri dan melakukan jenayah pemalsuan telah ditangkap pihak berkuasa Montana, Amerika Syarikat selepas tertekan butang ‘like’ pada muat naik mengenai dirinya sendiri di Facebook.

Tertuduh, Levi Charles Reardon, 23, yang dipaparkan sebagai suspek paling dihendaki di laman Facebook Cascade County Crime Stoppers dilaporkan mencari padah sendiri dengan menekan butang ‘like’ pada poster gambarnya di akaun Facebook itu.

Reardon kemudian dihadapkan di Mahkamah pada hari Isnin selepas ditangkap pada malam Jumaat. Setakat ini, Reardon tidak mengfailkan sebarang notis rayuan dan tarikh pendakwaan masih belum ditetapkan.

Menurut laporan akhbar Great Falls Tribune, waran tangkap terhadap Reardon dikeluarkan berkaitan kes pemalsuan dan kecurian.

Manakala, menurut rekod Mahkamah, Reardon adalah suspek yang terlibat dalam kes kecurian dompet serta kes pemalsuan cek peribadi pada Januari lepas.

Menurut laporan polis, empat kes pemalsuan cek difailkan terhadap Readon yang didakwa mengeluarkan wang dengan menggunakan cek yang hilang. Sebelum ini, Readon juga pernah disoal siasat atas pemalsuan cek peribadi.

Bagaimanapun, pegawai penyiasat tidak mendedahkan bagaimana dan dimana mereka menahan Reardon pada Jumaat lepas.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment