Thursday 30 April 2015

MaxisOne tanpa had dengan tiga tawaran baharu


MAXISONE telah melancarkan tiga tawaran baharu iaitu penstriman tanpa had dan akses percuma ke Spotify Premium, keupayaan untuk memancarkan siaran dari peranti ke dalam televisyen dengan Chromecast dan berkongsi data internet melalui Pelan MaxisOne Share.

Ketua Perniagaan Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan, berkata majlis hari ini tidak sahaja melancarkan tawaran tersebut tetapi untuk menunjukkan, peranti syarikat itu mempunyai kepelbagaian.

"Anda boleh melakukan banyak perkara melalui MaxisOne tanpa had," katanya pada majlis pelancaran produk itu.

#MusicNow dengan Spotify Premium membolehkan semua pengguna Maxis dan Hotlink dengan pelan internet mudah alih 1Gb ke atas membuat penstriman muzik daripada Spotify Premium tanpa had dan tanpa caj data mulai 30 April hingga 31 Julai.

"Mereka juga boleh mendapatkan aplikasi bernilai RM14.90 secara percuma dalam tempoh itu secara eksklusif daripada Maxis," kata Vaithiyanathan.

Maxis menjadi syarikat pertama yang memasarkan Chromecast Google di Malaysia, sejenis alat mudah alih 'Plug and Play' yang membolehkan pengguna memancarkan laman web popular seperti Youtube, permainan, foto dan filem penuh daripada peranti peribadi kepada televisyen.

Peranti Chromecast ini boleh dibeli di semua pengedar dan pusat Maxis dengan harga RM150 bagi pelanggan pelan MaxisONE sedia ada dan RM170 untuk pelanggan Maxis biasa mulai 23 April hingga 31 Mei 2015 atau sementara stok masih ada.

Pelanggan pelan MaxisOne juga sekarang ini boleh berkongsi masa berbual serta khidmat pesanan ringkat kepada mana-mana telefon mudah alih atau talian tetap, dan apa-apa jumlah data dengan orang lain dengan MaxisOne Share.

"Jika anda bukan pelanggan pelan MaxisOne, anda boleh membuat pendaftaran dengan 1Gb data tambahan dan mula berkongsi dengan hanya RM48 setiap bulan.

"MaxisONE Share terbuka untuk semua pelanggan pasca bayar pelan MaxisOne," kata Vaithiyanathan.

Untuk maklumat lanjut pengguna boleh melayari www.maxis.com.my. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment