Thursday 30 April 2015

Guru menangi Nissan Sylphy selepas beli Almera


Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah menyerahkan sebuah Nissan Sylphy Hasil baharu kepada pemenang kempen ‘Pandu Uji dan Menang Besar’ sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu. Pemenang bertuah tersebut, Cik Noor Atikah Binti Sunar menerima kunci kepada kereta baharunya pada majlis penyerahan hadiah yang diadakan di bilik pameran Nissan ETCM di Ipoh.

Kempen jualan ‘Pandu Uji dan Menang Besar’, yang diadakan sepanjang Januari dan Februari tahun ini menawarkan para pelanggan peluang untuk memenangi sebuah Nissan Sylphy serba baharu.

Cik Noor Atikah, 24 tahun, merupakan seorang guru di Sekolah Jepun Pulau Pinang telah memandu uji dan membeli sebuah Nissan Almera. “Saya jatuh cinta dengan Nissan Almera sejak ia mula-mula dilancarkan lagi. Saya selalu berangan memilikinya kerana ia sebuah sedan yang praktikal dan luas. Saya tidak percaya bahawa pembelian Almera membolehkan saya memenangi sebuah Nissan Sylphy baharu.”

- Sumber: Astro Publication 

No comments:

Post a Comment