Thursday 30 April 2015

Nokia 8210 kembali popular

Nokia 8210 

TELEFON bimbit Nokia 8210 yang dikeluarkan pada tahun 1999 kembali menjadi pilihan dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pengedar dadah di Britain.

Penjenayah memilih untuk mengunakan telefon bimbit jenis ini kerana ia sukar untuk dikesan polis kerana tidak memliki apa-apa kemudahan seperti wifi, GPS atau bluetooth.

Menurut salah seorang pengedar dadah yang hanya dikenali K2, dia memiliki tiga buah telefon bimbit model 8210 dan berkata telefon jenis ini lebih "dipercayai" berbanding telefon pintar yang lain.

"Polis akan dapat mengesan bukti dan lokasi jika menggunakan telefon pintar kerana ia dilengkapi dengan teknologi terkini seperti GPS, bluetooth dan sebagainya.

"Kebanyakan pengedar dadah menggunakan telefon jenis ini kerana saiznya yang kecil dan bateri telefon yang lebih tahan lam," katanya dipetik Mirror.uk

Sementara itu, seorang pemilik kedai telefon berkata model jenis ini kembali menjadi permintaan pelanggan.

"Saya tidak pasti mereka mahu mengunakan untuk apa dan tidak pernah bertanya kepada pelanggan," katanya.

Telefon bimbit Nokia model 8210 mempunyai berat 79g dan 101.5mm panjang ini adalah telefon yang paling kecil dan paling ringan yang pernah dikeluarkan syarikat Nokia pada ketika itu.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment